Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11144
Tajuk: Mengkaji Faktor Kesesakan Lalu Lintas Di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang Dalam Kalangan Pengguna
Pengarang: Muhammad Amirul Asyraaf Zamri, Wan Abdul Hadi Wan Mat Isa
Nursyafiqa Mohd Nadzri, Choo Yi Xing
Theeva Priya Sivan, Vanessaan Thangathambi
Nurul Anisa Yusoff
Kata kunci: Kesesakan lalu lintas
Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
Faktor masa
Sistem operasi perkhidmatan
Kajian pengguna
Tarikh diterbit: 2017
Siri / Laporan No.: ;1536
Abstrak: Kesesakan lalu lintas merupakan salah satu perkara yang sentiasa kita dapat lihat di media-media massa dalam krhidupan seharian. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti faktor-faktor kesekan lalu lintas di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dalam kalangan pengguna. Kajian ini melibatkan tiga (3) faktor iaitu faktor masa, faktor kemalangan dan faktor sistem operasi perkhidmatan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dalam kalangan pengguna. Seramai 100 orang responden secara rawak iaitu hanya diberikan kepada pengguna Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang sahaja. Kajian ini menggunakan data primer dan data sekunder bagi mendapatkan maklumat untuk memenuhi objektif kajian. Borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk memperoleh maklumat kajian manakala penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS). Nilai frekuensi digunakan untuk menganalisa latar belakang responden manakala nilai min digunakan untuk menganalisis ketiga-tiga objektif kajian. Dapatan kajian menunjukan bahawa faktor masa dan faktor sistem operasi perkhidmatan paling mempengaruhi kajian ini, diikuti oleh faktor kemalangan . Limitasi dan cadangan kepada pihak yang berkepentingan turut di nyatakan di dalam kajian ini sebagai satu usaha penambaikan. Harapan pengkaji agar kajian faktor kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dalam kalangan pengguna dapat memberikan kesedaran kepada pengguna agar lebih berhati-hati di jalan raya dan membuat persediaan di masa-masa yang tertentu.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11144
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar

Fail Penerangan SaizFormat 
1536.pdf2.47 MBAdobe PDFLihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.