Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10769
Tajuk: Kajian Persepsi Pengguna Terhadap Pembelian Atas Talian Di Kalangan Pelajar Semester 5 Di Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai
Pengarang: Mohamad Faris Mohamad Yan, Mohammad Shahrizal Zulkefli
Nurul Anis Md Zohari, Fairuza Syahira Mahamad Yusof
Subathava Supiah, Sathiyasilan Ellvaraj
Kata kunci: E-dagang
Mahasiswa
Kepercayaan pengguna
Kesenangan penggunaan
Risiko yang dirasai
Pembelian atas talian
Tarikh diterbit: 2016
Siri / Laporan No.: ;1530
Abstrak: Pembelian atas talian semakin mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia khususnya mahasiswa. Berbanding pembelian secara konvesional yang memerlukan seseorang individu untuk hadir ke kedai bagi mendapatkan barangan, pembelian secara atas talian adalah lebih mudah dan menjimatkan masa kerana segala transaksi dilakukan secara maya. Kemudahan ini amat sesuai bagi golongan mahasiswa yang mempunyai kekangan masa untuk keluar membeli-belah selain sifat semulajadi mereka yang inginkan sesuatu yang cepat dan senang. Namun begitu terdapat juga risiko yang perlu diambilkira seperti barang yang diterima berbeza (saiz,warna dan kualiti) daripada yang diiklankan, barangan tidak sampai setelah pembayaran dibuat, barangan yang sampai telah rosak dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor tentang aktiviti pembelian secara atas talian khususnya dikalangan mahasiswa. Kajian rawak mudah menggunakan borang soal selidik telah dijalankan terhadap 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar Perdagangan di Politeknik Seberang Perai. Hasil kajian mendapati bahawa faktor risiko, kesenangan penggunaan dan kepercayaan telah dikenalpasti sebagai faktor utama dalam pembuatan keputusan golongan mahasiswa untuk melakukan pembelian secara atas talian. Kata kunci : pembelian atas talian, kepercayaan, kesenangan penggunaan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10769
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar

Fail Penerangan SaizFormat 
1530.pdf2.11 MBAdobe PDFLihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.