
Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10107| Tajuk: | PELAN TINDAKAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK 2026 |
| Pengarang: | Politeknik Kuching Sarawak |
| Kata kunci: | Pelan Tindakan Politeknik Kuching Sarawak 2026 |
| Tarikh diterbit: | 2026 |
| Penerbit: | Politeknik Kuching Sarawak |
| Penerangan: | Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan politeknik kelima yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1988, di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Sejak penubuhannya, PKS telah memainkan peranan penting dalam memperkasa pendidikan dan latihan teknikal di negeri Sarawak. Sebagai salah satu institusi TVET utama di rantau ini, PKS komited dalam melahirkan graduan berkualiti yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri serta pembangunan negara. PKS kini menawarkan 10 program dalam bidang kejuruteraan yang merangkumi pelbagai disiplin kejuruteraan seperti Awam, Mekanikal, Elektrik, Elektronik dan Petrokimia. Di samping itu, PKS turut menawarkan 2 program dalam bidang perdagangan, iaitu Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, yang dirangka bagi memenuhi keperluan industri dan sektor perkhidmatan semasa. Keunikan program-program ini membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal yang relevan dengan tuntutan pasaran kerja masa kini. Selain bidang kejuruteraan dan perdagangan, PKS turut menawarkan 1 program dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang digital, sistem maklumat dan transformasi teknologi. Bermula tahun 2025, PKS memperkenalkan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan, yang menjadi platform asas dalam membentuk pelajar yang kukuh dari segi pengetahuan sains, matematik dan teknologi sebelum mereka menyertai program teknikal di peringkat lebih tinggi. Melalui gabungan kepakaran tenaga pengajar berpengalaman, kemudahan pembelajaran moden, serta jaringan kerjasama strategik bersama industri dan komuniti setempat, PKS terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan TVET unggul di Borneo. PKS komited untuk terus mendukung visi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional serta memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi pembangunan sosioekonomi negara |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10107 |
| ISSN: | eISSN 3083 – 8878 |
| Muncul dalam Koleksi: | E-BOOK PKS |
| Fail | Penerangan | Saiz | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pelan Tindakan & Pelan Aktiviti 2026.pdf Akses Terhad | 71.26 MB | Adobe PDF | Lihat/buka Minta salinan |
Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.