Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10072
Tajuk: Mengkaji Persepsi Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pos Laju Dropbox Dan Ezibox Di Kawasan Pos Laju Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur
Pengarang: Lingeswaran Thanaraj, Muhammad Azief Jansari
Fatin Nur Amirah Mohd Ruslee, Puteri Nur Afirah Megat Albakish
Muhammad Shahrizzat Sahidan, Tharmini Thannimalay
Kata kunci: Persepsi Pengguna
Pos Laju Dropbox
Ezibox
Faktor Keselamatan
Kualiti Perkhidmatan
Tarikh diterbit: 2016
Siri / Laporan No.: ;1526
Abstrak: Persepsi tentang sesuatu perkara adalah penting dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan. Persepsi ini juga berperanan dalam mempengaruhi gelagat pembelian pengguna. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji persepsi pengguna terhadap sesuatu keluaran atau perkhidmatan. Dalam konteks kajian ini, kajian ke atas persepsi pengguna adalah tertumpu kepada perkhidmatan Pos Laju Dropbox dan Ezibox. Kepentingan kajian ini dijalankan adalah bagi menentukan sejauh mana faktor pengetahuan, faktor pengetahuan, faktor pengurusan dan faktor keselamatan dapat mempengaruhi persepsi pengguna terhadap perkhidmatan tersebut. Bagi mendapatkan keputusan kajian borang soal selidik telah digunakan. Seramai 100 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada semua pengguna yang menggunakan perkhidmatan Pos Laju Dropbox dan Ezibox di kawasan Pos Laju Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur. Seterusnya, data-data yang terkumpul akan diproses menggunakan perisian Microsoft Word dan sistem SPSS ( Statistical Packege for Social Science). Keputusan kajian menunjukkan kebanyakan pengguna sudah mengetahui berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Pos Laju iaitu perkhidmatan Pos Laju Dropbox dan Ezibox. Aspek yang telah dikaji iaitu faktor pengetahuan, faktor pengurusan dan faktor keselamatan ternyata merupakan antara faktor utama yang akan menjadi pilihan kepada pengguna sebelum menggunakan sesuatu perkhidmatan. Kebanyakan pengguna menyarankan Pos Laju untuk terus menjaga perkhidmatan mereka supaya perkhidmatan Pos Laju Dropbox dan Ezibox akan terus dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10072
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar

Fail Penerangan SaizFormat 
1526 .pdf2.09 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.