Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10071
Tajuk: Mengkaji Faktor-Faktor Penerimaan Pengguna Terhadap Bas Bertingkat Di Kawasan Pulau Pinang
Pengarang: Amirul Hakim Mohd Hanif, Laaletha Samugum
Bavani Rajan, Darshini Govidan
Muhammad Ridhwan Tajri
Kata kunci: Keselamatan
Keselesaan
Kualiti Perkhidmatan
Penerimaan Pengguna
Bas Bertingkat
Rapid Penang
Pengangkutan Awam
Tarikh diterbit: 2016
Siri / Laporan No.: ;1527
Abstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor penerimaan pengguna terhadap bas bertingkat oleh Rapid Penang di Kawasan Pulau Pinang. Di sini pengkaji akan mengkaji tentang objektif kajian sama ada faktor keselamatan, keselesaan dan perkhidmatan yang akan mempengaruhi pengguna menaiki bas bertingkat . Kaedah skop kajian ini hanya menumpukan Kawasan kajian di sektor Pulau Pinang. Responden kajian adalah orang yang terdiri daripada pelajar, kakitangan awam dan swasta yang dipilih secara rawak. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna terhadap aspek fizikal bas, tahap perkhidmatan bas dan kesan terhadap kawasan persekitaran. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah diedarkan dan analisis kajian dilakukan dengan terhadap setiap borang soal selidik. Analisis kajian yang digunakan adalah program SPSS dan menggunakan kaedah peratusan serta min secara keseluruhannya, dapatan kajian persepsi pengguna terhadap pengangkutan awam adalah kurang memuaskan. Harapan daripada kajian yang telah dilakukan ini, adalah supaya pihak pengurusan bas bertingkat rapid Penang dapat memperbaiki segala kekurangan yang ada bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam di masa akan datang terutamanya dari aspek fizikal bas, tahap perkhidmatan bas dan cara untuk menangani masalah pencemaran pengangkutan awam seperti pengangkutan awam negara luar. Justeru itu, beberapa cadangan membina telah dikemukakan untuk mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10071
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar

Fail Penerangan SaizFormat 
1527.pdf2.22 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.