Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10011
Tajuk: Mengkaji Pemilihan Medium Pengiklanan Online Dan Offline Ketika Ingin Membeli Barangan Kosmetik : Satu Tinjauan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Seberang Perai.
Pengarang: Nur Adilah Mohd Asri, Yasmin Amira Roslan
Intan Noor Amirah Ibrahim, Venosha Sanmuga Natan
Muhammad Daniel Romli, Mustaqim Abdul Majid
Kata kunci: Produk kosmetik
Medium pengiklanan
Pengiklanan online
Pengiklanan offline
Pembelian produk kosmetik
Pelajar Politeknik Seberang Perai
Tarikh diterbit: 2016
Siri / Laporan No.: ;1524
Abstrak: Produk kosmetik kian menjadi suatu keperluan buat semua masyarakat terutamanya para wanita mahupun lelaki yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Golongan muda merupakan golongan terbesar yang menggunakan medium online dalam bersosial. Oleh sebab itu, terdapat peniaga mengiklankan produk melalui online kerana sasaran mereka adalah golongan muda termasuklah pelajar Politeknik Seberang Perai. Namun begitu, persoalannya, adakah mereka lebih berminat dan tertarik dengan cara pengiklanan online ataupun offline? Oleh itu, satu kajian dilakukan adalahn untuk mengkaji pemilihan medium pengiklanan online dan offline ketika ingin membeli barangan kosmetik oleh pelajar Politeknik Seberang Perai. Terdapat 3 objektif dalam kajian ini iaitu mengenal pasti sama ada medium pengiklanan online dapat menarik perhatian pelajar Politeknik Seberang Perai dalam pembelian produk kosmetik. Selain itu, untuk mengenal pasti sama ada medium pengiklanan offline dapat menarik perhatian pelajar Politeknik Seberang Perai dalam pembelian produk kosmetik dan seterusnya untuk mengkaji medium pengiklanan yang popular dan menjadi pilihan pelajar Politeknik Seberang Perai dalam pembelian produk kosmetik. Responden bagi kajian ini ialah pelajar Politeknik Seberang Perai. Kajian ini juga akan menggunakan perisian Statistical Package of the Social Science (SPSS) versi 20 untuk menganalisa data yang diperlukan dalam proses penganalisan data. Berdasarkan hasil dapatan kajian, perbandingan antara purata min skor responden bagi medium pengiklanan online dan offline adalah tidak begitu ketara atau tidak menunjukkan perbezaan iaitu min skor online ialah sebanyak 3,7071 dan min skor bagi offline ialah sebanyak 3,5656, namun didapati pelajar lebih cenderung untuk memilih medium pengiklanan online berbanding medium pengiklanan offline.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10011
Muncul dalam Koleksi:Laporan Projek Pelajar

Fail Penerangan SaizFormat 
1524.pdf2.3 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.