Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9475
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMOHD SHAHRIL IQBAL OTHMAN-
dc.contributor.authorWAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMAD-
dc.contributor.authorSYAR MEEZE MOHD RASHID-
dc.date.accessioned2026-04-15T06:02:08Z-
dc.date.available2026-04-15T06:02:08Z-
dc.date.issued2025-05-05-
dc.identifier.otherhttps://doi.org/10.17576/malim-2025-2601-07-
dc.identifier.urihttps://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9475-
dc.description.abstractKajian ini melaporkan Fasa Pertama daripada pendekatan Design and Development Research (DDR) yang menumpukan kepada analisis keperluan pengguna sebagai asas kepada pembangunan Modul Literasi Mesra Disleksia (BACAdys). Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi ibu bapa dalam membimbing anak disleksia membaca di rumah serta meneliti ciri modul bacaan mesra disleksia yang diutamakan, termasuk aspek kolaborasi dengan guru. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur bersama enam orang ibu bapa kepada murid disleksia, ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo. Analisis menghasilkan tiga tema utama dan enam subtema. Tema pertama menjelaskan cabaran literasi di rumah, merangkumi pergantungan kepada kaedah pengajaran tradisional, keterbatasan bahan bacaan yang sesuai, ketiadaan panduan praktikal serta kesukaran yang berpunca daripada tumpuan, ingatan dan emosi anak. Tema kedua menumpukan kepada keperluan reka bentuk modul bacaan mesra disleksia, termasuk penggunaan visual mesra kognitif, integrasi aktiviti multisensori dan interaktif, struktur pembelajaran progresif berdasarkan tahap literasi, serta sokongan digital melalui kod QR dan video pengajaran. Tema ketiga pula menekankan kepentingan kolaborasi antara rumah dan sekolah melalui penyelarasan strategi pengajaran, peningkatan pengetahuan guru mengenai disleksia serta pelaksanaan bengkel praktikal untuk ibu bapa. Dapatan kajian ini menyediakan asas empirikal yang kukuh bagi pelaksanaan Fasa 2 (reka bentuk dan pembangunan) serta Fasa 3 (uji kebolehgunaan) modul BACAdys, iaitu modul bacaan berasaskan lembaran kerja dan pendekatan multisensori. Secara keseluruhannya, kajian ini memperkukuh wacana pendidikan inklusif di Malaysia dengan menegaskan keperluan modul bacaan yang berstruktur, mesra pengguna dan berteraskan kerjasama erat antara ibu bapa dan guru dalam menyokong literasi murid disleksia.ms_IN
dc.language.isootherms_IN
dc.publisherPusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysiams_IN
dc.relation.ispartofseriesMALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;26 (2025): 90-106-
dc.subjectDisleksiams_IN
dc.subjectLiterasims_IN
dc.subjectIbu bapams_IN
dc.subjectModul bacaanms_IN
dc.subjectMultisensorims_IN
dc.subjectPendidikan inklusifms_IN
dc.subjectDyslexiams_IN
dc.subjectLiteracyms_IN
dc.subjectParentsms_IN
dc.subjectReading modulems_IN
dc.subjectMultisensoryms_IN
dc.subjectInclusive educationms_IN
dc.titleANALISIS KEPERLUAN BAGI PEMBANGUNAN MODUL LITERASI MESRA DISLEKSIA: PERSPEKTIF IBU BAPAms_IN
dc.title.alternativeNEEDS ANALYSIS FOR THE DEVELOPMENT OF A DYSLEXIA-FRIENDLY LITERACY MODULE: PARENTS’ PERSPECTIVESms_IN
dc.typeArticlems_IN
Appears in Collections:JABATAN PENGAJIAN AM

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ANALISIS KEPERLUAN BAGI PEMBANGUNAN MODUL LITERASI MESRA DISLEKSIA PERSPEKTIF IBU BAPA.pdf326.15 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.