Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7282
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMohd Nazmi Mohd Khalli-
dc.contributor.authorSuraya Sintang-
dc.contributor.authorKhadijah Mohd Khambali @ Hambali-
dc.date.accessioned2025-11-11T07:57:33Z-
dc.date.available2025-11-11T07:57:33Z-
dc.date.issued2024-12-15-
dc.identifier.otherhttps://doi.org/10.17576/malim-2024-2501-08-
dc.identifier.urihttps://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7282-
dc.description.abstractKeluarga beza agama ialah sebuah keluarga yang berlatar belakangkan kepelbagaian anutan dan kepercayaan dalam keluarga. Hubungan ini terbentuk sama ada disebabkan penukaran agama dalam ahli keluarga, ataupun pasangan suami isteri yang berkahwin dan masih ingin mengekalkan agama asal mereka. Di Sabah, kelompok hubungan ini cukup sinonim dengan identiti negeri yang meraih kepelbagaian agama. Tambahan pula, peningkatan bilangan saudara baru saban tahun menjadikan kelompok keluarga beza agama begitu ketara di Sabah. Jika diselami hubungan keluarga campuran ini, kebanyakan kajian awal telah menjelaskan bentuk hubungan di peringkat awal antara saudara baru dan keluarga bukan Muslim adalah bersifat tegang, akan tetapi ianya hanya bersifat sementara dan kembali damai semula. Justeru, kajian ini bertujuan ingin memaparkan pengalaman hidup damai bersama dalam keluarga beza agama berdasarkan amalan yang dipraktikkan oleh saudara baru dan keluarga bukan Muslim. Data diperolehi menggunakan metode kualitatif dengan tumpuan kaedah temu bual ke atas responden yang dipilih secara rawak dan diwakili oleh saudara baru dan keluarga bukan Muslim di beberapa lokasi daerah Sabah. Hasil dapatan menjelaskan suasana hidup damai bersama yang ditonjolkan dalam hubungan ini adalah bertitik tolak daripada ikatan kekeluargaan yang masih ingin dikekalkan. Sikap timbal balik seperti saling menghormati dan memahami menjadi asas kepada pergaulan semasa mereka seperti makan dan tinggal bersama sehingga mampu menyambut perayaan bersama dalam keluarga yang berbilang agama. Amalan-amalan ini menjadi penghubung kepada keutuhan hubungan keluarga meski dibatasi dengan peraturan agama yang berbeza. Suasana ini berupaya dijadikan satu tamsilan kepada masyarakat Malaysia bagaimana pergaulan yang dicampuri dengan kepelbagaian agama masih mampu melestarikan hidup damai bersama.ms_IN
dc.language.isootherms_IN
dc.publisherPusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysiams_IN
dc.relation.ispartofseriesMALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;25 (2024):74-89-
dc.subjectKeluarga beza agamams_IN
dc.subjectSaudara barums_IN
dc.subjectKeluarga bukan muslimms_IN
dc.subjectIkatan kekeluargaanms_IN
dc.subjectHidup damai bersamams_IN
dc.subjectMixed-faith familyms_IN
dc.subjectNew Muslimms_IN
dc.subjectNon-Muslim familyms_IN
dc.subjectFamily bondms_IN
dc.subjectPeaceful coexistencems_IN
dc.titleHIDUP DAMAI BERSAMA DALAM HUBUNGAN KELUARGA BEZA AGAMA: MENINJAU PENGALAMAN SAUDARA BARU DAN KELUARGA BUKAN MUSLIM DI SABAHms_IN
dc.title.alternativePEACEFUL COEXISTENCE IN MIXED-FAITH FAMILY RELATION: REVIEWING THE EXPERIENCE OF NEW MUSLIM AND NON-MUSLIM FAMILY IN SABAHms_IN
dc.typeArticlems_IN
Appears in Collections:JABATAN PENGAJIAN AM



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.