Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3118
Title: KARNIVAL PSH BAKAL JADI ACARA TAHUNAN KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS
Authors: BERNAMA
Keywords: KARNIVAL PSH
Issue Date: 21-Jun-2025
Publisher: BERNAMA
Abstract: Karnival PSH Bakal Menjadi Acara Tahunan Kolej Komuniti Pasir Mas PASIR MAS, 21 Jun – Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) anjuran Kolej Komuniti Pasir Mas yang berlangsung hari ini bakal dijadikan acara tahunan berikutan sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Pengarah Kolej Komuniti Pasir Mas, Wan Adibah Wan Hassan berkata, karnival ini bukan sahaja bertujuan memperkenalkan program-program PSH kepada masyarakat, malah menjadi platform memperkukuh jalinan kerjasama antara kolej, komuniti dan agensi berkaitan. “Karnival ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk suri rumah, belia dan ibu tunggal bagi memberi peluang kepada mereka mendalami pelbagai kemahiran melalui bengkel-bengkel pendek yang ditawarkan,” katanya. Sebanyak lima bengkel dijalankan sempena karnival ini antaranya pembuatan puff pastry, penggunaan aplikasi Canva, pembuatan sabun pencuci pakaian, penjagaan dan rawatan wajah serta susunan bunga kejutan (surprise bouquet). Menurut Wan Adibah, penganjuran program seumpama ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam menyokong aspirasi Malaysia MADANI dan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat. “Melalui program seperti ini, kita dapat memperkasakan komuniti dengan ilmu dan kemahiran yang relevan, di samping membuka ruang kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak demi pembangunan sosioekonomi setempat,” tambahnya. Karnival tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta pelbagai peringkat umur yang menyertai aktiviti interaktif dan demonstrasi kemahiran yang dijalankan sepanjang hari.
Description: Karnival PSH Bakal Jadi Acara Tahunan Kolej Komuniti Pasir Mas Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2436771 #KolejKomunitiPasirMas #KolejKomunitiPasirMasCawanganRantauPanjang #KolejKomunitiKelantan #KKPMmelahirkanjuara #gengpolycc #TVETForAll #MalaysiaMADANI #BernamaNews Lihat Sedikit
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3118
Appears in Collections:Keratan Akhbar KKPASIRMAS

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Karnival_PSH_Kolej_Komuniti_Pasir_Mas.pdf
  Restricted Access
Laporan Bernama2.42 kBAdobe PDFView/Open Request a copy
509441158_1294919799303545_5926854541694450032_n.jpg
  Restricted Access
Gambar Program PSH184.05 kBJPEGView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.