Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11151
Title: JUADAH MINDA JKE 2022
Keywords: Higher education
Issue Date: 2022
Publisher: Politeknik Port Dickson
Abstract: Aplikasi E-Koleksi telah digunakan sebagai aplikasi mudah alih bagi kursus Pengaturcaraan Visual Basic program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson. Objektif pembangunan aplikasi ini sebagai platform rujukan mudah alih bagi pelajar mendapatkan maklumat berkaitan kursus Pengaturcaraan Visual Basic secara dalam talian. Proses pembangunan aplikasi ini merangkumi beberapa fasa pembangunan. Model reka bentuk Hanaffin dan Peck telah digunakan sebagai panduan proses fasa pembangunan yang terlibat. Pembangunan apli kasi ini dil akukan secara dalam talian menggunakan perisian sumber terbuka (open source) iaitu Adalo. Adalo ialah perisian pembangunan apli kasi yang menjadikan prosesnya pantas, lancar dan menjimatkan kos. la membolehkan pengguna membangunkan aplikasi visual yang menakjubkan dengan hanya menyeret (dragging) dan menjatuhkan (dropping) komponen reka bentuk yang diperlukan. Pengguna juga boleh mencipta reka bentuk tersendiri menggunakan kawalan reka bentuk yang telah tersedia dalam perisian ini. Aplikasi E-Koleksi merangkumi empat butang menu di dalam paparan halaman menu utama iaitu menu Synopsis, labsheet, Note dan Title. Setiap butang menu merujuk ke halaman menu tersebuL Penggunaan pangkalan data (database) bagi menyimpan maklumat menu-menu tertentu turul diwujudkan. Kesimpulannya aplikasi EKoleksi telah dibangunkan mengikut fasa pembangunan yang telah dipilih bagi melancarkan proses pembangunan dan aplikasi ini juga menjadi platform penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar kursus Pengaturcaraan Visual Basic.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11151
ISBN: 978-967-2897-49-1
Appears in Collections:Bahan Rujukan JKE

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
jke_juadah_minda_2022.pdf84.67 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.