DSpace Community: 'Promising Sustainable Progression'
    <description>'Promising Sustainable Progression'</description>
Kajian Tentang Sambutan Penduduk Bandar Baru Perda Terhadap Perlindungan Takaful
      <description>Title: Kajian Tentang Sambutan Penduduk Bandar Baru Perda Terhadap Perlindungan Takaful
Authors: Nurul Fatimah Khairi, Aiman Izzudin Jefree; Muhammad Sazuan Mat Ridzuan, Lukmanul Hakim Norazam; Mohammad Luqman Haniff Othman, Yusrizal Md Yusoff
Abstract: Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari arab ‘Al-Kafala’ (jamin) iaitu bermaksud ‘saling menjamin’ dan dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan membantu antara satu sama lain ketika peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah. Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu untuk menjaga kepentingan bersama.  Setiap peserta menyumbang berasaskan tabbaru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan. “ Kajian Tentang Sambutan Penduduk Bandar Perda Terhadap Perlindungan Takaful” dijalankan untuk mengkaji tentang sambutan Takaful di kawasan tersebut dan meningkatkan kesedaran akan pentingnya Takaful dan pengurusan risiko dalam kehidupan. Kajian ini telah melibatkan seramai 100 orang responden dari golongan penduduk di kawasan Bandar Baru Perda bagi menjawab soalan kaji selidik untuk memenuhi objektif kajian dan telah dianalisa menggunakan perisian ‘statistical package for the science version 22.0 (SSPA)” bagi memperolehi keputusan kajian. Kepentingan kajian ini akan memberi banyak manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Hasil daripada kajian ini, dapat dinyatakan bahawa penduduk Bandar Baru Perda mempunyai kesedaran yang tinggi akan pentingnya perlindungan takaful dan mereka tahu akan daya tarikan takaful kepada mereka kerana kedua objektif tersebut mempunyai purata nilai min yang tinggi diikuti dengan purata nilai min yang terendah di antara tiga objektif yang dikemukakan tetapi masih berada dalam paras skor min yang tinggi ini menunjukkan masih ada kekurangan dalm kefahaman asas mengenai takaful dalam kalangan penduduk Bandar Baru Perda.</description>
Kajian Terhadap Perniagaan Droship Yang Dijalankan Oleh Pelajar IPTA Sebagai Pendapatan Sampingan Di Permatang Pauh, Pulau Pinang
      <description>Title: Kajian Terhadap Perniagaan Droship Yang Dijalankan Oleh Pelajar IPTA Sebagai Pendapatan Sampingan Di Permatang Pauh, Pulau Pinang
Authors: Ummul Balqis Rahiman, Nor Fazira Mohd Kamal; Siti Patimah Abdul Razak, Putri Haryani Mansor; Nurul Hidayati Abdul Wahab, K. Kishaan Naidu Kumaravelu
Abstract: Menerangkan tentang latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, definisi operasional dan limitasi kajian. Kajian ini akan mengkaji penglibatan pelajar IPTA sebagai ejen droship masalah pokok yang dijadikan kajian adalah faktor-faktor penglibatan pelajar IPTA di sekitar Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kenapa pelajar sanggup bersusah payah dalam perniagaan sedangkan mereka masih belajar. Oleh itu, kajian dibuat untuk melihat sejauh mana keberkesanan system dropship dalam membantu masalah kewangan yang dihadapi pelajar IPTA.</description>
Mengkaji Persepsi Orang Ramai Terhadap Pemilihan Kereta Jenama Antarabangsa Dalam Kalangan Penduduk Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
      <description>Title: Mengkaji Persepsi Orang Ramai Terhadap Pemilihan Kereta Jenama Antarabangsa Dalam Kalangan Penduduk Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Authors: Nurfatin Nabilah Adnan, Nurul Nazihah Romli; Nurul Athirah Azman, Nur Anis Farzana Husain; Tharshini Kasivisvanathan, Mohd Effendi Nazaruddin
Abstract: Kajian ini “Mengkaji Persepsi Orang Ramai Terhadap Pemilihan Pembelian Kereta Jenama Antarabangsa Dalam Kalangan Penduduk Seberang Perai Tengah”. Secara keseluruhannya kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi orang ramai mengenai faktor promosi, faktor kualiti dan faktor keselamatan yang ada pada kereta jenama antarabangsa. Bagi memenuhi objektif kajian borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian dimana responden yang terlibat adalah seramai 100 orang disekitar Seberang Perai Tengah.</description>
Mengkaji Faktor-Faktor Pelanggan Membeli Barangan Basah Di Pasaraya Besar MYDIN
      <description>Title: Mengkaji Faktor-Faktor Pelanggan Membeli Barangan Basah Di Pasaraya Besar MYDIN
Authors: Muhammad Iskandar Robiaai, Nurain Syazana Mohamed Nordin; Nur Dalilah Mustaza, Nur Alina Abdul Halim; Halimatul Shahidah Mohd Mustapha Albakri, Aiswarya Santheran
Abstract: Kajian terhadap faktor-faktor pelanggan membeli barangan basah di Pasaraya Besar Mydin terbahagi kepada tiga faktor utama iaitu faktor harga, faktor kemudahan perkhidmatan dan faktor lokasi. Seramai 100 orang pelanggan barangan basah akan dijadikan responden supaya objektif kajian ini dapat dicapai. Kajian ini mengggunakan bahan metodologi dari sumber primer dan sumber sekunder. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik akan diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian yang sedang dilakukan, borang soal selidik yang akan diedarkan mempunyai dua bahagian yang perlu dijawab oleh responden iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Pada bahagian A terdapat soalan yang berbentuk aneka pilihan dan lebih kepada latar belakang responden manakala pada bahagian B, bahagian C dan bahagian D pula mengandungi persoalan tentang tiga faktor yang berkaitan dengan harga di Pasaraya Besar Mydin, faktor kemudahan perkhidmatan yang disediakan di Pasaraya Besar Mydin dan lokasi Pasaraya BesarMydin. Hasil dapatan kajian akan diproses menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 19.0 dan akan dipaparkan dalam bentuk peratusan dan jadual. Diharapkan dengan kajian ini dapat memberikan maklumat dan manfaat kepada yang berkenaan terutamanya kepada pelanggan barangan basah di Pasaraya Mydin Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.</description>