DSpace Collection: Sumber koleksi laporan akhir pelajar Politeknik yang boleh dijadikan rujukan.
    <description>Sumber koleksi laporan akhir pelajar Politeknik yang boleh dijadikan rujukan.</description>
ALAT PENCUCI KIPAS SILING
    <description>Title: ALAT PENCUCI KIPAS SILING
Authors: MUHAMMAD AFIQ AMMAR; MUHAMMAD SYAHMI NURHAKIM AHMAD; AHMAD AIMAN AHMAD TAJUDDIN; NUR HUSNA ZULAIKA JOHAN
Abstract: Alat pencuci kipas siling merupakan satu projek yang dilaksanakan bertujuan untuk mempermudahkan  kerja-kerja pembersihan kipas siling yang kotor dan berhabuk. Ini kerana masalah yang dihadapi individu yang ingin melakukan kerja mencuci kipas siling akan mengambil masa yang agak lama. Justeru, alat ini direka utuk memudahkan kerja mencuci yang perlu dilakukan secara berkala. Alat yang dihasiklan ini mampu berfungsi untuk mencuci kipas siling dengan lebih cepat. Secara keseluruhannya, dengan adanya alat pencuci kipas siling ini diharapkan dapat didedahkan kepada orang ramai tentang kelebihan produk yang dihasilkan.</description>
MESIN 'DIRACT WARPING
    <description>Title: MESIN 'DIRACT WARPING
Authors: NUR AMIN HANIF KHALID; NURLIYANA SYAFIQAH ISMAIL; NUR IZZATI ABDUL KARIM; ENDOK NORATHIRAH BACHOK @ ABDUL RAHMAN
Abstract: Mesin warping sering dirujuk sebagai mesin penyediaan pra tenunan dalam industri tekstil. Ketika mesin "Direct Warping" bekerja, bahagian dari jumlah benang yang digunakan adalah banyak dan mudah untuk bersimpul antara satu sama lain dan perlu mengambil masa untuk menyambungkannya semula. Selain itu, saiznya juga besar dan sukar untuk dibawa ke dalam bilik kuliah dan meyebabkan pelajar kurang untuk memahami dan melihat proses yang belaku serta bahagian-bahagian yang penting di dalam mesin warping. Hal ini, menyebabkan timbulnya idea yang efisyen untuk menghasilkan mini mesin "Direct Warping" dengan kayu pallet supaya dapat menampung berat dan tidak berkarat. Mini "Direct Warping" dapat memudahkan pensyarah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.</description>
Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita Oleh Penumpang Lelaki Di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Lumpur Sentral
    <description>Title: Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita Oleh Penumpang Lelaki Di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Lumpur Sentral
Authors: Muhammad Ikmal Mohd Zaini, Siti Nasuha Mohd Sawawi; Muhamad Afnan Mohd Asri, Syifa Syahira Mat Hussin; Logaprea Letchumanan, Yoga Rani Arivalagam
Abstract: Perkhidmatan pengangkutan awam adalah merupakan salah satu perkara penting dalam memainkan peranan sebagai penggerak kepada kehidupan seharian manusia. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita oleh penumpang lelaki di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Lumpur Sentral. Pengkaji akan mengkaji tentang objektif kajian iaitu faktor sikap, faktor perkhidmatan dan faktor  pengetahuan yang mempengaruhi penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita oleh penumpang lelaki di KTMB Kuala Lumpur Sentral. Seramai 100 orang responden lelaki telah dipilih secara ‘purposive’ daripada keseluruhan penumpang KTMB di Kuala Lumpur Sentral. Kajian ini menggunakan bahan metodologi dari sumber primer dan sekunder bagi memenuhi maklumat kajian, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian. Manakala cara penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan program perisian IBM Statistical Package   For Social Science (SPSS). Dalam system SPSS, pengkaji menggunakan nilai frekuensi untuk mengetahui latar belakang responden manakala nilai min untuk Keputusan ketiga-tiga objektif yang mempengaruhi penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pengetahuan paling mempengaruhi kajian ini. Limitasi dan Cadangan kepada pihak yang berkepentingan turut dinyatakan di dalam kajian ini. Harapan pengkaji tentang penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita oleh penumpang lelaki di KTMB Kuala Lumpur Sentral dapat meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan KTMB agar dapat membangunkan prestasi pengangkutan awam di Malaysia.</description>
Kajian Persepsi Pengguna Terhadap Pembelian Atas Talian Di Kalangan Pelajar Semester 5 Di Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai
    <description>Title: Kajian Persepsi Pengguna Terhadap Pembelian Atas Talian Di Kalangan Pelajar Semester 5 Di Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai
Authors: Mohamad Faris Mohamad Yan, Mohammad Shahrizal Zulkefli; Nurul Anis Md Zohari, Fairuza Syahira Mahamad Yusof; Subathava Supiah, Sathiyasilan Ellvaraj
Abstract: Pembelian atas talian semakin mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia khususnya mahasiswa. Berbanding pembelian secara konvesional yang memerlukan seseorang individu untuk hadir ke kedai bagi mendapatkan barangan, pembelian secara atas talian adalah lebih mudah dan menjimatkan masa kerana segala transaksi dilakukan secara maya. Kemudahan ini amat sesuai bagi golongan mahasiswa yang mempunyai kekangan masa untuk keluar membeli-belah selain sifat semulajadi mereka yang inginkan sesuatu yang cepat dan senang. Namun begitu terdapat juga risiko yang perlu diambilkira seperti barang yang diterima berbeza (saiz,warna dan kualiti) daripada yang diiklankan, barangan tidak sampai setelah pembayaran dibuat, barangan yang sampai telah rosak dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor tentang aktiviti pembelian secara atas talian khususnya dikalangan mahasiswa. Kajian rawak mudah menggunakan borang soal selidik telah dijalankan terhadap 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar Perdagangan di Politeknik Seberang Perai. Hasil kajian mendapati bahawa faktor risiko, kesenangan penggunaan dan kepercayaan telah dikenalpasti sebagai faktor utama dalam pembuatan keputusan golongan mahasiswa untuk melakukan pembelian secara atas talian. Kata kunci : pembelian atas talian, kepercayaan, kesenangan penggunaan.</description>