
Please use this identifier to cite or link to this item:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9475| Title: | ANALISIS KEPERLUAN BAGI PEMBANGUNAN MODUL LITERASI MESRA DISLEKSIA: PERSPEKTIF IBU BAPA |
| Other Titles: | NEEDS ANALYSIS FOR THE DEVELOPMENT OF A DYSLEXIA-FRIENDLY LITERACY MODULE: PARENTS’ PERSPECTIVES |
| Authors: | MOHD SHAHRIL IQBAL OTHMAN WAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMAD SYAR MEEZE MOHD RASHID |
| Keywords: | Disleksia Literasi Ibu bapa Modul bacaan Multisensori Pendidikan inklusif Dyslexia Literacy Parents Reading module Multisensory Inclusive education |
| Issue Date: | 5-May-2025 |
| Publisher: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Series/Report no.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;26 (2025): 90-106 |
| Abstract: | Kajian ini melaporkan Fasa Pertama daripada pendekatan Design and Development Research (DDR) yang menumpukan kepada analisis keperluan pengguna sebagai asas kepada pembangunan Modul Literasi Mesra Disleksia (BACAdys). Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi ibu bapa dalam membimbing anak disleksia membaca di rumah serta meneliti ciri modul bacaan mesra disleksia yang diutamakan, termasuk aspek kolaborasi dengan guru. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur bersama enam orang ibu bapa kepada murid disleksia, ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo. Analisis menghasilkan tiga tema utama dan enam subtema. Tema pertama menjelaskan cabaran literasi di rumah, merangkumi pergantungan kepada kaedah pengajaran tradisional, keterbatasan bahan bacaan yang sesuai, ketiadaan panduan praktikal serta kesukaran yang berpunca daripada tumpuan, ingatan dan emosi anak. Tema kedua menumpukan kepada keperluan reka bentuk modul bacaan mesra disleksia, termasuk penggunaan visual mesra kognitif, integrasi aktiviti multisensori dan interaktif, struktur pembelajaran progresif berdasarkan tahap literasi, serta sokongan digital melalui kod QR dan video pengajaran. Tema ketiga pula menekankan kepentingan kolaborasi antara rumah dan sekolah melalui penyelarasan strategi pengajaran, peningkatan pengetahuan guru mengenai disleksia serta pelaksanaan bengkel praktikal untuk ibu bapa. Dapatan kajian ini menyediakan asas empirikal yang kukuh bagi pelaksanaan Fasa 2 (reka bentuk dan pembangunan) serta Fasa 3 (uji kebolehgunaan) modul BACAdys, iaitu modul bacaan berasaskan lembaran kerja dan pendekatan multisensori. Secara keseluruhannya, kajian ini memperkukuh wacana pendidikan inklusif di Malaysia dengan menegaskan keperluan modul bacaan yang berstruktur, mesra pengguna dan berteraskan kerjasama erat antara ibu bapa dan guru dalam menyokong literasi murid disleksia. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/9475 |
| Appears in Collections: | JABATAN PENGAJIAN AM |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| ANALISIS KEPERLUAN BAGI PEMBANGUNAN MODUL LITERASI MESRA DISLEKSIA PERSPEKTIF IBU BAPA.pdf | 326.15 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.
