Sila gunakan pengecam ini untuk memetik atau memaut ke item ini: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/8649
Tajuk: CHAIR-GER
LAPORAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) 2025
Pengarang: JOHAR, NURUL AQILAH
MD. HASSAN, MOHD. SHAFRIZAL
ABDUL RAMAN, DR. NOOR AZAH
ABD WAHAB@ DUL AHAD, TS. DR. HJH. NORHAYATI
ABU BAKAR, NORAINI
Kata kunci: Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
Laporan Konvensyen
Tarikh diterbit: 30-Jan-2026
Penerbit: POLITEKNIK MERLIMAU
Penerangan: Chair-Ger merupakan kerusi taman serba guna yang berfungsi sebagai tempat duduk, mempunyai ruang penyimpanan beg serta dilengkapi kemudahan pengecasan telefon bimbit menggunakan tenaga solar. Kajian awal mendapati reka bentuk kerusi taman seperti ini masih belum mempunyai garis panduan atau penanda aras (benchmarking) yang jelas, menyebabkan penerimaannya di mata pengguna agak sederhana khususnya dari aspek estetika, ciri mesra pengguna dan keselamatan. Walau bagaimanapun, inovasi ini memberi pengaruh positif dari segi psikologi, fizikal dan sikap pengguna, selain menambah nilai melalui fungsi yang praktikal serta mesra teknologi. Selain memberi keselesaan untuk berehat, Chair-Ger turut direka bentuk sebagai kerusi mudah alih yang boleh dialihkan dengan mudah ke pelbagai lokasi menggunakan roda tanpa memerlukan tenaga kerja yang besar. Ciri ini menjadikannya alternatif yang lebih praktikal berbanding kerusi taman kekal. Dengan gabungan fungsi asas tempat duduk, ruang penyimpanan dan kemudahan pengecasan peranti elektronik berasaskan tenaga boleh baharu, inovasi ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada pengguna serta menyokong aspirasi ke arah gaya hidup yang lebih selesa, selamat, mesra teknologi dan lestari.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/8649
ISBN: 978-629-7737-37-9
Muncul dalam Koleksi:CHAIR-GER

Fail Penerangan SaizFormat 
ChaiGer_KIK2025.pdf7.56 MBAdobe PDFGambar kecil
Lihat/buka


Item di DSpace dilindungi oleh hak cipta, dengan semua hak dilindungi, kecuali dinyatakan sebaliknya.