
Please use this identifier to cite or link to this item:
https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7309| Title: | ANALISIS PERCAMPURAN KOD BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR CINA |
| Other Titles: | ANALYSIS OF CODE-MIXING IN MALAY LANGUAGE AMONG CHINESE STUDENTS |
| Authors: | Muhammad Alee Song Nur Atiqah Wakanan Nor Nadira Mohd Nordin |
| Keywords: | Percampuran kod Murid Cina Bahasa Melayu Code mixing Chinese students Malay language |
| Issue Date: | 2023 |
| Publisher: | Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Series/Report no.: | MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24: 53-71 |
| Abstract: | Kajian bertujuan untuk menganalisis percampuran kod daripada aspek kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu dan aspek kesalahan tatabahasa dalam lisan pelajar Cina melihat dua aspek, iaitu mengenal pasti kesalahan bahasa Melayu dalam karangan pelajar Cina, menganalisis data kesalahan dan menghuraikan aspek percampuran kod bagi menyampaikan mesej pelajar dari perspektif pragmatik dengan menggunakan konsep rangka rujuk silang di sebuah sekolah swasta di daerah Petaling Jaya Selangor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual dan analisis dokumen kertas penulisan karangan dengan melibatkan 5 orang murid Cina di sebuah sekolah swasta di daerah Petaling Jaya Selangor. Dapatan kajian menunjukkan analisis kesalahan tatabahasa percampuran kod dalam aspek penulisan bahasa Melayu menunjukkan percampuran kod yang terdapat ialah percampuran bahasa Inggeris iaitu kesalahan tatabahasa golongan kata yang tertinggi bagi penulisan murid ialah kata nama diikuti dengan kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Manakala dari aspek lisan pula menunjukkan bahawa golongan kata nama merupakan kesalahan bahasa yang tertinggi diikuti dengan kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Dengan ini, guru dapat mengenal pasti kesalahan yang sering kali dilakukan oleh muridnya dan juga dapat membantu guru untuk mengunakan kaedah atau strategi yang sesuai dengan setiap murid. Ini selaras dengan dasar negara Malaysia yang menitikberat dan memandang serius agar setiap pelajar dapat menguasaai bahasa kebangsaan dengan baik dan berkesan. |
| URI: | https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7309 |
| Appears in Collections: | JABATAN PENGAJIAN AM |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| ANALISIS PERCAMPURAN KOD BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR CINA.pdf | 413.41 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.
