Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7303
Title: UNSUR SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM TAJ AL-MULUK
Other Titles: SCIENCE AND TECHNOLOGY ELEMENTS IN TAJ AL-MULUK
Authors: Muhamad Shafiq Mohd Ali
Keywords: Taj al-Muluk
Etnosains
Etnoteknologi
Nujum
Ethnoscience
Ethnotechnology
Astrology
Issue Date: 15-Dec-2023
Publisher: Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
Series/Report no.: MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara;24 (2023):31-52
Abstract: Kitab Taj al-Muluk merupakan sebuah kitab yang menjadi kontroversi dalam masyarakat di Alam Melayu apabila telah difatwakan haram oleh pihak JAKIM pada tahun 2007. Pengharaman ini adalah disebabkan terdapatnya ilmu nujum yang telah diharamkan pengamalannya oleh Islam. Walaupun bahagian nujum yang diharamkan, terdapat juga beberapa bahagian lain yang turut ditulis dalam kitab Taj al-Muluk seperti bahagian pembinaan rumah, ubat-ubatan, taqwim, perbintangan, pertanian, gastronomi dan lain-lain lagi yang dirasakan sangat perlu untuk dikupas. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan untuk melihat unsur-unsur sains dan teknologi yang jelas terdapat dalam kitab Taj al-Muluk termasuk dalam bahagian penujuman. Kajian ini dilakukan hanya dengan meneliti kandungan teks kitab Taj al-Muluk dan membahaskan fasal yang mengandungi unsur sains dan teknologi untuk diteliti. Hasil daripada penelitian menunjukkan kandungan kitab Taj al-Muluk ini sarat dengan unsur etnosains dan etnoteknologi yang perlu dikupas dan dikaji dengan lebih lanjut. Terdapat beberapa unsur etnosains yang boleh dilihat dalam kitab Taj al-Muluk iaitu unsur tersebut ditulis dengan jelas seperti pembinaan rumah, ubat-ubatan, taqwim, perbintangan, pertanian, gastronomi dan juga adanya unsur etnosains dan etnoteknologi yang tidak ditulis secara jelas seperti bahagian penujuman, pemilihan tanah dan ta’bir mimpi.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/7303
Appears in Collections:JABATAN PENGAJIAN AM



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.