Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3220
Title: Mengkaji Tahap Pengetahuan Usahawan IKS Terhadap Bantuan Dan Sokongan Keusahawanan Anjuran Agensi Sokongan Kerajaan Di Daerah Seberang Perai Tengah
Authors: Dezani Kanasan
Nur Atikah Izzati Mohd Zaidi
Nur Anis Nabihah Abdul Hadi
Nurul Syahirah Marozi
Mohd Khairulanuar Md Abdul Shatar
Muhammad Zulfahmi Razman
Keywords: Usahawan IKS
Sokongan Keushawanan - latihan Keusahawanan, Pemasaran, Kewangan
Seberang Perai Tengah
Issue Date: 2016
Series/Report no.: ;1510
Abstract: Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan sector yang menjadi antara penyumbang kepada ekonomi serta pembangunan negara. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan usahawan IKS terhadap bantuan dan sokongan keusahawanan anjuran agensi sokongan kerajaan di daerah Seberang Perai Tengah. Dalam kajian ini, tahap pengetahuan usahawan IKS diukur berdasarkan tiga aspek atau faktor iaitu faktor bantuan latihan keusahawan, faktor bantuan pemasaran dan faktor bantuan kewangan. Bagi mencapai objektif yang dikemukakan dalam kajian ini, maklum balas telah dikumpul dari responden di daerah Seberang Perai Tengah. SebanYAK 100 orang responden telah dipilih secara tidak rawak dengan menggunakan persampelan ‘judgemental’ dimana pengkaji telah mengenal pasti ciri-ciri usahawan IKS dan hanya memilih usahawan IKS sahaja untuk menjawab soalan berkaitan dengan tajuk yang telah dibuat. Hasil dapatan kajian diproses menggunakan sistem SPSS (Statistical Package For Social Science). Dapatan kajian menyatakan bahawa tahap pengetahuan usahawan IKS terhadap bantuan pemasaran yang ditawarkan oleh agensi sokongan kerajaan adalah tinggi berbanding pengetahuan mereka terhadap bantuan kewangan dan bantuan latihan keusahawanan. Faktor bantuan pemasaran mempunyai jumlah min purata tertinggi diikuti dengan faktor bantuan kewangan dan akhir sekali faktor bantuan latihan keusahawanan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/3220
Appears in Collections:Laporan Projek Pelajar

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
1510.pdf2.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.