Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11149
Title: KAJIAN KEPERLUAN PROGRAM (PNA)
Other Titles: DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN
Authors: Ahmad Azlan Ahmad
Norazlina Mat Nayan
Syafirul Ikmar Shaharudin
Wan Noraini Usoh
Norhafizah Akmal Sukki
Dr Mohd Pahmi Saiman
Sufairuz Saad
Mohammad Najib Ramli
Md Najip Talibin
Mohd Firdaus Ibrahim
Zurina Ahmad
Khushairy Ahmad Nawawi
Kumaran A/L Sundraj
Keywords: Analisis keperluan
Diploma Teknologi Pemesinan
Politeknik Seberang Perai
Kebolehpasaran graduan
Jurang kemahiran
Pembangunan modal insan
Issue Date: 2026
Publisher: POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Abstract: Kajian analisis keperluan ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap permintaan dan kewajaran penawaran program Diploma Teknologi Pemesinan di Politeknik Seberang Perai (PSP) selaras dengan lonjakan teknologi High Arts, High Tech dan High Touch. Fokus utama kajian adalah untuk menangani jurang kemahiran dalam bidang pemesinan mekanikal di Pulau Pinang yang merupakan hab industri utama. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang melibatkan populasi industri, alumni, pensyarah, dan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan sokongan padu daripada pihak industri yang mengesahkan keperluan mendesak terhadap tenaga kerja mahir dalam sektor pemesinan industri. Justifikasi penawaran program disokong oleh data primer dan sekunder yang positif, ketersediaan kolaborasi industri, serta reka bentuk kurikulum yang mampan. Implikasi kajian menekankan kepentingan penambahan ruang prasarana, penaiktarafan peralatan, dan pemantapan kompetensi tenaga pengajar bagi menjamin kebolehpasaran graduan. Hasil kajian ini merumuskan bahawa penawaran program Diploma Teknologi Pemesinan di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2027 adalah sangat relevan bagi memenuhi tuntutan pasaran kerja dan memacu pembangunan modal insan negara.
Description: Pendidikan tinggi di Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang pesat sejajar dengan peningkatan jumlah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Perkembangan ini didorong oleh rangsangan ekonomi serta sokongan berterusan daripada pihak kerajaan yang menjadi pemangkin utama dalam menentukan hala tuju institusi pengajian tinggi untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang cemerlang bukan sahaja mampu menyediakan pendidikan berkualiti, malah berupaya melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global. Dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi negara dan memenuhi keperluan tenaga kerja mahir, sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diperkenalkan. TVET merujuk kepada proses pendidikan dan latihan yang berfokus kepada bidang pekerjaan, dengan penekanan terhadap amalan dan keperluan industri semasa. Lulusan TVET dijangka memainkan peranan penting sebagai enjin pembangunan negara dengan menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyokong pelbagai sektor pekerjaan.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/11149
Appears in Collections:eBook PSP

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
eBook PNA_final.pdfPendidikan tinggi di Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang pesat sejajar dengan peningkatan jumlah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Perkembangan ini didorong oleh rangsangan ekonomi serta sokongan berterusan daripada pihak kerajaan yang menjadi pemangkin utama dalam menentukan hala tuju institusi pengajian tinggi untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang cemerlang bukan sahaja mampu menyediakan pendidikan berkualiti, malah berupaya melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global. Dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi negara dan memenuhi keperluan tenaga kerja mahir, sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diperkenalkan. TVET merujuk kepada proses pendidikan dan latihan yang berfokus kepada bidang pekerjaan, dengan penekanan terhadap amalan dan keperluan industri semasa. Lulusan TVET dijangka memainkan peranan penting sebagai enjin pembangunan negara dengan menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyokong pelbagai sektor pekerjaan.9.11 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.