Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10770
Title: Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita Oleh Penumpang Lelaki Di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Lumpur Sentral
Authors: Muhammad Ikmal Mohd Zaini, Siti Nasuha Mohd Sawawi
Muhamad Afnan Mohd Asri, Syifa Syahira Mat Hussin
Logaprea Letchumanan, Yoga Rani Arivalagam
Keywords: Pengangkutan awam
Gerabak Khas Wanita
Penyalahgunaan gerabak
Penumpang lelaki
Sikap
Perkhidmatan
Pengetahuan
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Kuala Lumpur Sentral.
Issue Date: 2017
Series/Report no.: ;1531
Abstract: Perkhidmatan pengangkutan awam adalah merupakan salah satu perkara penting dalam memainkan peranan sebagai penggerak kepada kehidupan seharian manusia. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita oleh penumpang lelaki di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Lumpur Sentral. Pengkaji akan mengkaji tentang objektif kajian iaitu faktor sikap, faktor perkhidmatan dan faktor pengetahuan yang mempengaruhi penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita oleh penumpang lelaki di KTMB Kuala Lumpur Sentral. Seramai 100 orang responden lelaki telah dipilih secara ‘purposive’ daripada keseluruhan penumpang KTMB di Kuala Lumpur Sentral. Kajian ini menggunakan bahan metodologi dari sumber primer dan sekunder bagi memenuhi maklumat kajian, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian. Manakala cara penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan program perisian IBM Statistical Package For Social Science (SPSS). Dalam system SPSS, pengkaji menggunakan nilai frekuensi untuk mengetahui latar belakang responden manakala nilai min untuk Keputusan ketiga-tiga objektif yang mempengaruhi penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pengetahuan paling mempengaruhi kajian ini. Limitasi dan Cadangan kepada pihak yang berkepentingan turut dinyatakan di dalam kajian ini. Harapan pengkaji tentang penyalahgunaan Gerabak Khas Wanita oleh penumpang lelaki di KTMB Kuala Lumpur Sentral dapat meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan KTMB agar dapat membangunkan prestasi pengangkutan awam di Malaysia.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10770
Appears in Collections:Laporan Projek Pelajar

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
1531.pdf2.14 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.