Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10142
Title: SISTEM MINI HIDROELEKTRIK UNTUK KEGUNAAN DOMESTIK
Authors: AFFENDY, MUHAMMAD DANISH AFIQ
Keywords: Hydroelectric power plants.
Domestic engineering
Issue Date: Nov-2025
Publisher: Politeknik Melaka
Abstract: Projek ini memfokuskan kepada pembangunan sistem mini hidroelektrik yang direka untuk menjana tenaga elektrik secara mampan dan efisien menggunakan sumber air daripada paip sedia ada di kawasan perumahan. Sistem ini menggunakan turbin air sebagai komponen utama untuk menukarkan tenaga kinetik air kepada tenaga elektrik bagi menyalakan empat buah lampu berkuasa 7 W. Projek ini bertujuan untuk meneroka potensi penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam skala kecil serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional. Selain itu, sistem yang dibangunkan menekankan aspek kemudahan pemasangan, kebolehgunaan, keberkesanan kos dan kebolehpercayaan operasi. Hasil ujian menunjukkan bahawa sistem yang dibangunkan mampu beroperasi dengan stabil dan berjaya membekalkan tenaga elektrik kepada beban yang ditetapkan menggunakan aliran air daripada paip sedia ada. Pembangunan sistem ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran terhadap potensi tenaga hidro dalam aplikasi domestik dan komuniti serta menyediakan satu alternatif penyelesaian tenaga yang mesra alam dan boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna. Kata kunci: Sistem Mini Hidroelektrik, Tenaga Boleh Diperbaharui, Turbin Air, Kecekapan Tenaga, Aplikasi Domestik.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10142
Appears in Collections:Sesi 1 : 2025 / 2026

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SISTEM MINI HIDROELEKTRIK UNTUK KEGUNAAN DOMESTIK - MOHD HASNI BIN ANGTERIAN (PMK) -FINAL.pdf646.83 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.