Please use this identifier to cite or link to this item: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10141
Title: LUMI GRIPPER
Authors: ABU RAMLAN, MUHAMMAD HAKIM
ROSLI, AHMAD RAZIN
Keywords: Robots, Industrial
Grippers (Mechanical devices)
Microcontrollers
Automation
Issue Date: Nov-2025
Publisher: Politeknik Melaka
Abstract: Projek ini memperkenalkan Lumi Gripper, alat inovatif yang direka khusus untuk membuka dan memasang lampu kalimantang jenis T8 di tempat tinggi dengan cara yang lebih selamat, cepat dan menjimatkan kos. Berbanding kaedah manual menggunakan tangga, Lumi Gripper mampu menjimatkan masa kerja sehingga 50%, sekali gus meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Menggunakan teknologi 3D printing berasaskan PLA, reka bentuk Lumi Gripper menampilkan struktur yang ringan, tahan lasak dan ergonomik. Ia dilengkapi batang aluminium boleh laras (adjustable), mudah alih (portable) serta lampu LED terbina dalam, menjadikannya mudah digunakan di ruang sempit atau kawasan gelap. Dengan berat kurang daripada 3 kg, alat ini mudah dibawa, disimpan dan digunakan pada bila-bila masa tanpa memerlukan ruang kerja yang luas. Lumi Gripper bukan sahaja meningkatkan faktor keselamatan pengguna dengan mengurangkan risiko terjatuh, malah mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan dalam sektor penyelenggaraan bangunan, industri, dan kemudahan awam. Inovasi ini menawarkan penyelesaian praktikal, kos efektif dan mesra pengguna bagi menggantikan kaedah tradisional penukaran lampu di tempat tinggi.
URI: https://repositori.mypolycc.edu.my/jspui/handle/123456789/10141
Appears in Collections:Sesi 1 : 2025 / 2026

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LUMI GRIPPER - MOHD HASNI BIN ANGTERIAN (PMK)-FINAL.pdf412.93 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.